Pemenang cabutan ke-2 bawa pulang iPad

Pemenang cabutan ke-2 bawa pulang iPad

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Tuah memihak kepada Dayang Maslina binti Haji Lamit apabila menjadi pemenang pertama bagi cabutan bulanan kedua Promosi Pepsi Bonanza 2016, Kingston Beverage & Creamery Sdn. Bhd.

Sebelum membawa pulang hadiah berupa iPad Mini 4, Dayang Maslina bersama sembilan finalis lain perlu mengikuti cabaran pertama dinamakan ‘Movin ‘On Up’ dan tiga pemenang cabaran itu mara ke pusingan seterusnya, sementara tujuh yang lain menerima hadiah sagu hati.

Dalam cabaran kedua yang dinamakan ‘Back Flip’, Dayang Maslina menjadi finalis pertama berjaya menyelesaikan cabaran berkenaan sekali gus diumumkan sebagai pemenang bulanan kedua promosi tersebut.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh Dayang Solihah binti Haji Bujang dan Awang Ahmad Humaizi bin Ridzuan yang masing-masing membawa balik Komputer riba Acer Aspire dan TV Aifa Ultra HD LED 49”.

Gambar ramai 10 pemenang bertuah bagi cabutan bertuah bulanan kedua.
Gambar ramai 10 pemenang bertuah bagi cabutan bertuah bulanan kedua.

Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Jaya Hypermart Gadong, di sini, petang tadi, hadiah pertama hingga ketiga telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery, Valentine Hon.

Sementara itu, Pengurus Jualan dan Pemasaran, Kevin Robin Jon menyampaikan hadiah kepada tujuh pemenang saguhati.

Cabutan utama promosi Pepsi Bonanza 2016 akan berlangsung pada 5 Jun 2016 di Giant, Rimba dengan hadiah-hadiah berupa pelbagai jenis gajet bernilai $40,000 sedia untuk dimenangi.

ARTIKEL YANG SAMA