Pemenang catur terima hadiah

Pemenang catur terima hadiah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Awang Mohd Aliuddin bin Haji Azahari tampil sebagai juara Bahagian Terbuka Rapid semasa Festival Catur Hari Kebangsaan yang berlangsung bermula 19 Februari lalu dan berakhir hari ini di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendi bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sementara itu, Awangku Hafidzoon dan Eko Handoko, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi Bahagian Bawah 14 Tahun Rapid pula, juara dimenangi oleh Awang Alif bin Samsul, diikuti Awang Mohd Amin bin Alias dan Awang Mohd Sharul bin Haji Mohd Saruddin di tempat kedua dan ketiga.

Bagi Bahagian Pelajar bawah 20 tahun pula, juara diraih oleh Dayang Badrina binti Badaruddin, manakala Awang Mohd Afiq Aiman di tempat kedua, disusuli oleh John Dale Ranchez di tempat ketiga.

Dato Paduka Dr. Haji Affendi ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta.
Dato Paduka Dr. Haji Affendi ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta.

Bagi Bahagian Veteran di Atas 50 tahun pula diungguli oleh Pengiran Omar bin Baki yang ditentang hebat oleh Richard Larg yang berada di tempat kedua dan di tempat ketiga disandang oleh Haji Nassir.

Bahagian Blitz Hari Kebangsaan yang dibukakan kepada lima kategori pula, tampil pemenang dalam bahagian terbuka adalah Awang Ahmad Zawawi bin Haji Mohd Huairah, manakala bagi Veteran Atas 50 tahun dimenangi oleh Voon Choon Leong.

Kejohanan Catur antara sekolah pula dimenangi oleh Handoko Eko, Bawah 14 Tahun dimenangi oleh Awang Kamarulariffin bin Haji Kipli dan Bawah 10 Tahun dimenangi oleh Awang Abdul Rahman Qadir bin Haji Norman dan Sekolah St John pula tampil dengan Anugerah Sekolah Terbaik dalam kejohanan itu.

Kira-kira 110 orang peserta terlibat dalam Blitz antara sekolah-sekolah, 63 orang pemain terlibat di dalam Rapidz dan 19 orang bagi bahagian Blitz.

Festival kali ini merupakan inisiatif pihak penganjur iaitu Times Square yang didukung oleh Persekutuan Catur Brunei dan Jabatan Ko-kurikulum Kementerian Pendidikan yang juga menampilkan permainan papan lain.