Pemenang Ferrero Rocher terima hadiah

Pemenang Ferrero Rocher terima hadiah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Tuah memihak kepada peminat tegar produk coklat, Awang Jihadi bin Haji Kasim apabila memenangi hadiah iPhone 6s Plus 64GB dalam cabutan bertuah Ferrero Rocher anjuran pengedar coklat itu, Syarikat Rajamas dalam majlis penyampaian hadiah di Estet Perindustrian Serasa, Kampung Serasa hari ini.

Beliau yang merupakan penggemar produk coklat itu menyatakan ia adalah kemenangan keduanya selepas memenangi hadiah utama berupa iPad sebelum ini.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Awang Mohd Abdul Rahim bin Mohd Salem yang mendapat iPhone 6S Plus 16g manakala tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Siti Zurairah binti Jonaidie yang memenangi Samsung Note 5 dan tempat keempat Michelle Chew Ling Ling yang mememangi Samsung Galaxy S6.

Awang Jihadi memenangi hadiah pertama berupa iPhone 6S Plus 64GB bergambar bersama pengarah urusan syarikat berkenaan.
Awang Jihadi memenangi hadiah pertama berupa iPhone 6S Plus 64GB bergambar bersama pengarah urusan syarikat berkenaan.

Enam orang lagi pemenang bertuah lain masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa Apple iWatch dan beg barangan Nutella.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat Rajamas Bersama, K.H. Lau. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar Syarikat Rajamas Bersama, Alan Lau.

Pemenang dipilih berdasarkan pembelian apa sahaja produk Ferrero Rocher pada 20 Mac hingga 20 Mei lalu dan dipanggil untuk mengikuti cabutan bertuah hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA