Pemenang kempen Barakah & Lets Go Mobile terima hadiah

Pemenang kempen Barakah & Lets Go Mobile terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Sepuluh lagi pemenang bertuah bulanan kempen Barakah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang telah memasuki edisi keenam, telah diumumkan dan menerima hadiah masing-masing, hari ini.

Seorang pemenang membawa pulang TV LED 55 inci, seorang memenangi peti sejuk jenama Samsung, dua menerima mesin cuci Samsung, dua alat penggoreng tanpa minyak dan empat lagi menerima seterika stim Phillips, yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Perbankan Pelanggan BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar.

Menurut kenyataan BIBD, kempen berkenaan akan berjalan sehingga 30 November, yang mana pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Odyssey dan hadiah-hadiah sagu hati termasuk iPhone dan iPad Apple, di samping hadiah bulanan berupa barangan elektrik.

Penyertaan adalah mudah, orang ramai hanya perlu mendaftar mana-mana produk pembiayaan atau menetapkan gaji mereka ke BIBD.

Di majlis itu juga, Hajah Nurul Akmar turut menyampaikan hadiah-hadiah berupa dua iPhone 6, dua iPhone 6 Plus dan dua Apple Watch kepada pemenang-pemenang dua bulan terakhir kempen ‘Let’s Go Mobile’.

Hajah Nurul Akmar bergambar ramai bersama 10 pemenang Barakah 6 BIBD yang menerima hadiah masing-masing.
Hajah Nurul Akmar bergambar ramai bersama 10 pemenang Barakah 6 BIBD yang menerima hadiah masing-masing.

Pemenang kempen ini dipilih daripada kalangan pengguna BIBD Mobile yang menambah nilai bil-bil utiliti mereka, membuat pembelian menerusi eTunai BIBD, Virtual Prepaid MasterCard BIBD atau pemindahan dana.

Dalam pada itu, BIBD kini sedang mengadakan kempen Swipe for Rewards, yang secara automatik mendaftarkan mana-mana pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $30 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit BIBD di Sim Kim Huat Trading Co, Pertama Jaya Department Store (cawangan Lambak dan Sengkurong), First Emporium & Supermarket (cawangan Batu Satu dan Sungai Tilong), dan Giant Hypermarket.

Setiap resit melayakkan bagi satu cabutan dalam cabutan bulanan, dan kempen ini akan berjalan sehingga 30 September 2015.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram (BIBDBRUNEI) dan Facebook BIBD (www.facebook.com/bibdbrunei), atau menghubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau berkunjung terus ke mana-mana cawangan BIBD yang berdekatan.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Mobile App BIBD untuk mendapatkan tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah ciri-ciri “What’s New”.

ARTIKEL YANG SAMA