Pemenang kempen BIBD terima hadiah

Pemenang kempen BIBD terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Para pemenang bulanan yang bertuah dalam kempen Barakah 7 dan Let’s Go Mobile, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini menerima hadiah masing-masing berupa peranti Apple TV, set telefon bimbit iPhone dan Samsung Galaxy S7.

Menurut kenyataan BIBD, para pemenang kempen itu adalah dari bulan kedua kitaran pertama Barakah 7 dan bulanan ketiga Let’s Go Mobile.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Jualan Langsung dari Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Hajah Masrurah binti Haji Baki dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat BIBD di ibu Negara.

Menurut BIBD, kitaran pertama kempen Barakh 7 akan berakhir pada 30 November ini di mana para pemenang bulanan akan juga secara automatik memasuki cabutan hadiah utama untuk memenangi Mercedes Benz 250 GLC AMG.

Hajah Masrurah (empat dari kanan) bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bulanan kempen Barakah 7.
Hajah Masrurah (empat dari kanan) bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bulanan kempen Barakah 7.
Hajah Masrurah bergambar bersama dua pemenang bulanan kempen Let’s Go Mobile, BIBD.
Hajah Masrurah bergambar bersama dua pemenang bulanan kempen Let’s Go Mobile, BIBD.

Kempen Barakah 7 selepas itu akan memasuki kitaran kedua dengan hadiah bulanan peranti Apple TV, berserta dengan hadiah utama Marcedez Benz E 200 AMG 2017.

Semasa kedua-dua cabutan hadiah utama itu, 30 orang finalis dari setiap kitaran akan juga dapat membawa pulang sama ada iPhone 7, iPad Pro dan iPhone SE.

Sementara itu, dua pemenang kempen Let’s Go Mobile, BIBD juga menerima hadiah iPhone SE atau Samsung Galaxy S7.

Kempen itu yang berjalan sehingga 31 Disember 2016, menggalakkan para pelanggan BIBD untuk menggunakan aplikasi mobile BIBD untuk membuat sebarang penambahan, pembayaran bil, pemindahan bank, pembelian e-tunai, pembelian online kad sebenar dan juga pembelian e-baucar layak memasuki cabutan bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA