Pemenang kempen cabutan bertuah keenam terima hadiah

Pemenang kempen cabutan bertuah keenam terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Pusat Membeli-belah Times Square, hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pertama bagi kempen cabutan bertuah ke-6 yang berlangsung di atrium pusat membeli-belah berkenaan.

Menurut kenyataan Times Square, untuk cabutan pertama bagi siri ke-6 ini, hadiah utama berupa Samsung Galaxy S5 telah dimenangi oleh Awang Mohd Shah bin Ahmad, manakala itu pemenang kedua, Zurainee Kifle membawa pulang Lenovo Phab plus 6.8 inci dan Nur Hazimah Abdullah memenangi Samsung LED TC 32 di tempat ketiga.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Besar Times Square, Dayang Amal Majidah. Selain tiga pemenang teratas, 16 pemenang bertuah lain turut membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Terdahulu sebelum itu, majlis turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah daripada U-Home Gallery dan baucar wang tunai daripada Restauran Excapade bagi pemenang-pemenang Times Square Next Top Babies 2016.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu A bagi anak damit 0 – 2 tahun yang dimenangi oleh Mohammad Alfi Muntaqem bin Mohd Ali Noor di tempat pertama, Ampuan Wafa Salsabila Mahirah binti Ampuan Muhammad Asbi tempat kedua dan Alifa Hana Nur Syifa binti Sawal tempat ketiga.

Awang Mohd Shah ketika menerima hadiahnya daripada Dayang Amal Majidah.
Awang Mohd Shah ketika menerima hadiahnya daripada Dayang Amal Majidah.

Manakala itu, Kategori B adalah bagi anak damit berusia tiga hingga enam tahun, dengan tempat pertama dimenangi oleh Nayla Sabrina binti Ahmad Ridhuan Iskandar dan diikuti oleh Ampuan Dhia Syarafana Firzanah binti Ampuan Mohammad Asbi di tempat kedua dan Ampuan Aryan Naufal bin Ampuan Mohammad Asbi di tempat ketiga.

Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Am Times Square, Mally Hadini.

Menurut kenyataan itu, kempen cabutan bertuah ini akan terus diadakan dan majlis penyampaian hadiah seterusnya akan berlangsung pada 15 Mei.

Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu berbelanja di Times Square, Times Hotel dan Cineplex, kemudian menghantar resit pembelian mereka di kaunter cabutan bertuah yang terletak di aras bawah.

Selain daripada itu, Times Square turut memaklumkan beberapa acara yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, termasuk Hujung Minggu Permainan Berpapan pada 19 hingga 21 Februari, penampilan watak wira Ultraman pada 26 hingga 28 Februari, Hujung Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun pada 18 hingga 20 Mac dan Karnival Mini: DC Adventure 2016 pada 23 hingga 29 Mac.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai acara-acara akan datang bolehlah mengikuti akaun Facebook dan Instagram Times Square Shopping Centre, atau menghubungi talian 2338208/2338006.

ARTIKEL YANG SAMA