Pemenang kempen ‘Top Up Tia’ terima hadiah

Pemenang kempen ‘Top Up Tia’ terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Enam pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, membawa pulang telefon-telefon pintar terkini apabila menjadi pemenang kempen bulanan ‘Top Up Tia’ BIBD.

Penyampaian hadiah berupa iPhone 6s, iPhone 6s Plus atau iPad Pro telah disempurnakan oleh Ketua Transaksi Perkhidmatan Sokongan dari Kumpulan Perbankan Korporat BIBD, Awang Jeffri Ahmad Said pada majlis yang berlangsung di BIBD cawangan Rimba.

Menurut kenyataan BIBD, kempen berkenaan menggalakkan pelanggan untuk menggunakan sama ada BIBD Mobile atau BIBD Online untuk menambah nilai elektrik DES, Easi dan GO!Broadband DST, atau jalur lebar dan perkhidmatan telefon Progresif.

Perkhidmatan ini menyediakan penyelesaian tambah nilai yang pantas dan menjimatkan masa kerana pengguna tidak perlu bersusah payah membeli kad fizikal di kedai-kedai kerana mereka hanya perlu log masuk ke BIBD Mobile atau BIBD Online dan tambah nilai semua utiliti secara langsung.

Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.
Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA