Pemenang kuiz Hari AMBD terima hadiah

Pemenang kuiz Hari AMBD terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Pemenang kuiz “Guess How Many Coins” yang diadakan semasa acara Hari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), telah menerima hadiahnya baru-baru di majlis yang berlangsung di Galeri Mata Wang AMBD, Bangunan BCMB, Kompleks Kementerian Kewangan, Jalan Commonwealth Drive.

Menurut kenyataan AMBD, hari ini, Awang Shahib bin Haji Ibrahim memenangi kuiz tersebut dengan tekaan 10,728 keping duit syiling 10 sen berbanding jumlah sebenar iaitu 10,699 keping.

Sebanyak 1,404 penyertaan telah diterima bagi kuiz tersebut semasa acara Hari AMBD di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 28 hingga 30 Mei 2015 yang lalu.

Hadir di majlis itu ialah beberapa orang pegawai dan kakitangan AMBD.

Pemenang kuiz ‘Guess How Many Coins’ menerima hadiahnya.
Pemenang kuiz ‘Guess How Many Coins’ menerima hadiahnya.

Dalam pada itu, AMBD dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadan ini, Galeri Mata Wang AMBD dibukakan kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang dan hari Jumaat jam 8.30 hingga 10.30 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA