Pemenang liga kurang daripada 80 mata – Pellegrini

Pemenang liga kurang daripada 80 mata – Pellegrini

ENGLAND, 14 Dis (Reuters) – Jarak mata perlumbaan takhta Liga Perdana Inggeris musim ini telah membuatkan pengurus Manchester City Manuel Pellegrini untuk meramalkan bahawa gelaran kali ini mungkin dimenangi oleh sebuah pasukan dengan kurang daripada 80 mata yang hanya merupakan kali keempat dalam sejarah kejohanan itu.

Manchester United telah mencapainya dua kali dalam era Liga Perdana (musim 1996-97 dan 1998-99) dan kumpulan terakhir untuk menjulang takhta dengan kurang daripada 80 mata. Arsenal memenangi liga dengan 78 mata pada musim 1997-98, menjadi kelab lain untuk menyaingi United, dan Pellegrini berkata gelaran musim ini mungkin dimenangi oleh pasukan dengan kutipan mata keseluruhan terendah dalam rekod.

“Ia merupakan gelaran yang amat sukar untuk dimenangi kerana jumlah mata kesemua pasukan sekarang adalah tidak normal,” Pellegrini memberitahu para pemberita selepas pasukannya menang 2-1 menentang Swansea City baru-baru ini.

“Ia jarang sekali berlaku pada saingan Liga Perdana. Mungkin musim ini pasukan-pasukan semakin kuat, mungkin perlawanan jadi sengit.

Pellegrini menyuarakan pendapatnya terhadap pasukan mana yang akan menjadi pemenang Liga Perdana Inggeris musim ini. – Reuters
Pellegrini menyuarakan pendapatnya terhadap pasukan mana yang akan menjadi pemenang Liga Perdana Inggeris musim ini. – Reuters

“Setiap musim adalah berbeza tapi untuk memenangi Liga Perdana musim ini akan menjadi lebih sukar dan mengambil kurang dari 80 mata.

Pellegrini juga mencadangkan bahawa dia lebih risau dengan memastikan kemenangan peringkat domestik berbanding memenangi Liga Juara-juara.

“Saya selalu anggap Liga Perdana adalah paling penting,” katanya. “Dalam Liga Juara-juara anda boleh bermain permainan yang teruk, keluar pada saingan separuh akhir dan tidak ada sesiapa pun ingat apa yang anda lakukan. “Liga Perdana pula adalah usaha sepanjang tahun. Saya selalu berkata ia perlu tidak jadi obsesi untuk memenangi Liga Juara-juara.

ARTIKEL YANG SAMA