Pemenang pame...

Pemenang pameran blok Pepsi terima hadiah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd hari ini menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Pameran Blok Pepsi 2016 yang berlangsung di Restoran Millenium, Gadong.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery, Malcom Lim dan Pengurus Jualan dan Pemasaran, Kevin Robin Jon.

Pemenang bagi Kategori A yang merangkumi gedung-gedung perniagaan ialah Teguh Raya Department Store Sdn Bhd (Kiulap), tempat kedua pula ialah Soon Lee Megamart (Mentiri) dan Soon Lee Megamart Gadong pula meraih tempat ketiga.

Pemenang kategori ini menerima hadiah berupa nota kredit bernilai $1,500 bagi tempat pertama, $800 bagi tempat kedua dan $500 bagi tempat ketiga.

Sesi bergambar ramai bersama wakil premis-premis yang ikut serta dalam Pertandingan ‘Pameran Blok Pepsi 2016.’
Sesi bergambar ramai bersama wakil premis-premis yang ikut serta dalam Pertandingan ‘Pameran Blok Pepsi 2016.’

Manakala bagi Kategori B yang menawarkan hadiah nota kredit bernilai $1,000, $500 dan $300 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga pula dimenangi oleh Orbit Supermarket Sdn Bhd (Jalan Muara), diikuti Atlantara Supermarket Sdn Bhd (Kampung Katimahar) dan Perusahaan Ala Haji Bolhassan (Daerah Tutong).

Manakala premis-premis lain yang turut serta dalam pertandingan juga menerima hadiah sagu hati dan sijil.

Pertandingan Pameran Blok Pepsi ini yang bertemakan ‘PepsiEmoji’ dengan slogan ‘No Matter What You Are Feeling…#SAYITWITHPEPSI.’