Pemenang peraduan Instagram OGH terima hadiah

Pemenang peraduan Instagram OGH terima hadiah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Peraduan Instagram Hotel Orchid Garden (OGH) di bawah promosi Makan dan Menang Ramadan baru-baru ini telah dimenangi oleh Dayang Huwaida yang menerima Samsung Galaxy S6 Edge 64GB.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar OGH, Awang Shamsul Bahrin bin POKSPDSS Dr Haji Ahmad, di hotel berkenaan, hari ini.

Dalam peraduan ini, pelanggan hanya perlu memuat naik gambar mereka bersungkai atau bersahur di OGH ke laman Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah gajet berkenaan.

Awang Shamsul Bahrin menyampaikan hadiah kepada Dayang Huwaida.
Awang Shamsul Bahrin menyampaikan hadiah kepada Dayang Huwaida.