Pemenang pertandingan burung terima hadiah

Pemenang pertandingan burung terima hadiah

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Burung yang bernombor 31 milik Awang Masdini meraih gelaran Best Of The Best bagi Kategori Klijiau manakala burung nombor lapan milik Mas Cillalap menyandang gelaran Best Of The Best bagi kategori Murai Batu Kepala Putih dan Kepala Hitam pada Pertandingan Seni Suara Burung Murai Batu dan Kalijiau anjuran Kampung Wasan, Batang Perhentian, Kuala Lurah (WBPKL MBB), hari ini.

Sementara itu, dalam Kategori Murai Kepala Hitam, muncul juara ialah burung nombor 53 milik Awang Arip, manakala naib juara ialah burung nombor lapan milik Mas Cillalap dan tempat ketiga milik burung nombor 41 milik Edy Koso (Premau).

Juara bagi Kategori Murai Kepala Putih ialah burung nombor sembilan milik Awang Abdul Malik bin Japar, sementara naib juara diraih oleh burung nombor 70 milik Saiful bin Haji Tahir dan tempat ketiga ialah burung nombor lapan milik Mohamad Soip.

Para pemenang dan peserta bergambar bersama hadiah masing-masing
Para pemenang dan peserta bergambar bersama hadiah masing-masing

Kategori Burung Kalijiau pula dijuarai oleh burung nombor 42 milik CBob, manakala naib juara ialah burung nombor 30 milik Jali Crazy Shama dan tempat ketiga ialah burung nombor 32 milik CJul.

Pertandingan yang diadakan di Taman Mini Kampung Parit itu berjaya menarik 244 penyertaan dengan 101 dalam Kategori Murai Batu Kepala Hitam, 75 bagi Kategori Murai Batu Kepala Putih dan 68 lagi bagi kategori Burung Kalijiau.