Pemenang Pesta Ibu dan Anak Damit terima hadiah

Pemenang Pesta Ibu dan Anak Damit terima hadiah

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Sebanyak 106 penyertaan foto telah diterima bagi peraduan foto anak damit sempena Pesta Mingguan Ibu dan Anak Damit yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Grandball Al-Barakah, Hotel Parkview, Jerudong.

Daripada penyertaan itu, foto Awang Agiel Zikrullah bin Zaidi telah dipilih sebagai pemenang setelah mendapat ‘Like’ terbanyak iaitu 1,340, sekali gus memenangi baucar penginapan satu malam di Parkview Hotel untuk dua orang termasuk sarapan pagi.

Selain daripada itu, pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan hari ini, turut menyaksikan Awang Muhammad Aiman Azizie bin Zoerazimi, seorang pengunjung bertuah yang membuat pendaftaran semasa pesta berkenaan, membawa pulang tiket wayang untuk dua orang

Sabrina Sallehuddin (kiri) selaku pengurus Pesta Mingguan Ibu dan Anak Damit menyampaikan ha-diah kepada pemenang peraduan foto anak damit Awang Agiel Zikrullah bin Zaidi (kanan).
Sabrina Sallehuddin (kiri) selaku pengurus Pesta Mingguan Ibu dan Anak Damit menyampaikan ha-diah kepada pemenang peraduan foto anak damit Awang Agiel Zikrullah bin Zaidi (kanan).

Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Creads Design & Printing itu berobjektif untuk mempromosikan pesta tersebut sambil mewujudkan persekitaran menyeronokkan bagi kesemua pelanggan dan pengunjung.

Pesta Mingguan Ibu dan Anak Damit sete-rusnya akan diadakan pada 29 hingga 31 Julai di Hotel Radisson.

ARTIKEL YANG SAMA