Pemenang Promosi Tayar Hankook terima hadiah

Pemenang Promosi Tayar Hankook terima hadiah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Tuah ternyata menyebelahi Lee Howa Yen apabila menjadi pemenang utama cabutan bertuah Syarikat Sin Hup Huat bagi Promosi Tayar Hankook dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Tayar Michelin di Gadong hari ini.

Beliau yang memenangi hadiah utama berupa wang tunai $1,000 merupakan antara 28 orang pemenang lain yang turut menerima hadiah mereka dalam cabutan bertuah itu. Hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang ialah Pengurus Operasi Sin Hup Huat, Chris Tan.

Chris semasa ditemui wartawan, mengatakan mereka yakin dengan prestasi tayar buatan Korea, Hankook yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan kerana tahap keselamatan dan prestasinya.

Pengurus Operasi Sin Hup Huat ketika menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada Lee Howa Yen.
Pengurus Operasi Sin Hup Huat ketika menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada Lee Howa Yen.

“Harganya yang berpatutan membuatkan kami yakin ia akan memenuhi kriteria jenama yang diperlukan pelanggan di sini dan kami menawarkan pelbagai saiz tayar Hankook untuk kereta pacuan empat roda, SUV dan salon. Ia juga boleh didapati di kelima-lima buah cawangan kami di Brunei,” tambahnya.

Menurutnya, syarikat itu akan terus mengadakan pelbagai promosi pada masa akan datang dan pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai promosi mereka, bolehlah mengikuti Facebook dan Instagram mereka.

ARTIKEL YANG SAMA