Pemenang Secret Recipe terima hadiah

Pemenang Secret Recipe terima hadiah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Tuah menyebelahi Dayangku Zafirah binti Pengiran Suffian apabila nombor cabutan bertuah yang dimilikinya diumumkan sebagai pemenang utama sempena Sambutan Ulang Tahun ke-5 Restoran Secret Recipe, semalam.

Beliau menerima hadiah berupa iPad yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim.

Pemenang lain yang turut menyertai cabutan bertuah bermula 1 hingga 26 Disember lalu itu juga tidak terkecuali untuk membawa pulang hadiah seperti Alcatel Pop D5, baucar makan Secret Recipe dan baucar Marrybrown.

Sempena ulang tahunnya, restoran tersebut juga turut memperkenalkan menu baru seperti Pasta Arabiatta, Parmigiana Ayam, Ayam Rangup Keemasan, Kek Keju Yogurt dan Kek Keju Brulee Creme.

Gambar ramai pemenang cabutan bertuah sempena ulang tahun kelima  Restoran Secret Recipe.
Gambar ramai pemenang cabutan bertuah sempena ulang tahun kelima Restoran Secret Recipe.

ARTIKEL YANG SAMA