Pemenang selfie dapat telefon pintar

Pemenang selfie dapat telefon pintar

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Hadiah berupa Samsung Galaxy S6 yang ditawarkan oleh Setia Motors dalam pertandingan Selfie menerusi jerayawaranya di The Mall, Gadong pada 17 sehingga 20 September 2015 telah dimenangi oleh Dayang Noratiqah binti Zulkifli.

Sementara hadiah sagu hati bagi tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh Dayang Noralisah binti Haji Wahab dan Awang Nordin bin Haji Bakar.

Pemenang terpilih merupakan antara orang ramai yang berpeluang untuk merakamkan gambar mereka yang diambil semasa jerayawara Hyundai dan memuat naik ke Instagram dengan tag #hyundaibruneiselfie.

Para pemenang pertandingan Selfie Jerayawara Hyundai dengan hadiah masing-masing bergambar ramai bersama Pengurus Jualan Setia Motors.
Para pemenang pertandingan Selfie Jerayawara Hyundai dengan hadiah masing-masing bergambar ramai bersama Pengurus Jualan Setia Motors.

Gambar dipilih berdasarkan kreativiti dan keunikannya.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Jualan Setia Motors, Awang Mohd Fadillah bin Haji Sulaiman.

ARTIKEL YANG SAMA