Pemenang SMS Kuiz TV terima hadiah

Pemenang SMS Kuiz TV terima hadiah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Seramai 33 orang pemenang SMS Kuiz TV sempena Perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun menerima hadiah mereka hari ini.

Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Studio A, Radio Televisyen Brunei (RTB) di ibu negara itu disempurnakan oleh Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

SMS Kuiz TV berkenaan telah berlangsung dari 15 hingga 31 Julai melalui saluran RTBi ( RTB Interaktif) yang beroperasi melalui dua sesi selama satu jam iaitu dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi dan pukul 2 petang hingga 3 petang.

Penyertaan dibukakan untuk pengguna talian Progresif Cellular Sdn Bhd, dengan hanya perlu menghantar jawapan mereka melalui pesanan ringkas (SMS).

Haji Muhammad Suffian bergambar ramai bersama para pemenang SMS Kuiz TV.
Haji Muhammad Suffian bergambar ramai bersama para pemenang SMS Kuiz TV.
Salah seorang pemenang kuiz menerima hadiah daripada Haji Muhammad Suffian.
Salah seorang pemenang kuiz menerima hadiah daripada Haji Muhammad Suffian.

Ia merupakan salah satu usaha RTB untuk terus relevan dalam penyiaran TV di samping mengikut arus perubahan zaman yang serba canggih.

Dalam tempoh 17 hari perkhidmatan tersebut, sambutan orang ramai terhadap kuiz berkenaan adalah sangat menggalakkan dan menerima peningkatan dari segi pendaftaran dan penyertaan.

Projek ini merupakan gabungan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei dengan Progresif dan disokong oleh Royal Brunei Catering (RBC), The Brunei Hotel, Hotel Orchid Garden, Hotel Radisson, Intracorp Sdn Bhd dan Irads Co & Steamridez Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA