Pemenang terima ganjaran

Pemenang terima ganjaran

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Tuah memihak kepada Haji Muhd Mazran bin Haji Suhut apabila diumumkan sebagai pemenang 1Malaysia Year-end Sale sekali gus membawa pulang pakej percutian ke Kuala Lumpur dan Johor selama lima hari.

Pakej termasuk tempat penginapan, kenderaan ulang-alik ke lapangan terbang dan 12 jam kereta eksklusif untuk membawa mereka membeli-belah. Selain itu, beliau juga turut menerima 100,000 mata hadiah yang boleh digunakan untuk membayar bil, membuat sumbangan dan lain-lain lagi.

Penyampaian hadiah bagi promosi anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Tourism Malaysia telah diadakan semasa Pameran Rumah BIBD di The Mall, Gadong, hari ini dan disempurnakan oleh Ketua Produk Kad BIBD, Dayang Siti Rafeah binti Haji Jakir dan Pengarah Tourism Malaysia di Brunei, Dayang Zurina binti Abdul Samad.

Pemenang merupakan pemegang Kad BIBD yang membuat transaksi menggunakan Kad BIBD semasa jualan 1Malaysia GP yang berakhir tahun ini.

Haji Muhd Mazran ketika menerima hadiah.
Haji Muhd Mazran ketika menerima hadiah.

Manakala itu, Pameran Rumah BIBD yang berlangsung sehingga 1 Mei itu mengetengahkan pakej kewangan BIBD seperti kewangan rumah, kewangan pengubahsuaian rumah, kewangan pendidikan dan kewangan peribadi di samping produk-produk BIBD lainnya.

Pameran yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, kecuali Jumaat dari jam 2 petang hingga 10 malam, tersebut juga menawarkan pemeriksaan kesihatan kewangan oleh perancang kewangan Islam BIBD yang disahkan.

Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa seperti iPad Mini, baucar membeli-belah di Supasave dan Hua Ho, dan hadiah mata ganjaran BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA