Pementasan Shakespeare meriah

Pementasan Shakespeare meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Kompleks Membeli-Belah Mabohai, hari ini, telah mengadakan Hari Memperingati Shakespeare yang diisi dengan pelbagai aktiviti di ruang legar kompleks membeli-belah berkenaan.

Acara yang dibukakan kepada orang ramai bermula pada 10 pagi sehingga 5 petang itu telah menampilkan pementasan Shakespeare dengan kerjasama Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains), bengkel drama dari Brunei Amateur Dramatic Society dan bengkel gitar daripada tenaga pengajar diiktiraf, Phrygian Ng.

Di samping itu, acara turut diisikan dengan pameran jualan daripada peniaga-peniaga tempatan antaranya Nana Zee Henna, Cakepop Buffet, Homebaked Macaroon, Blissful Bites dan banyak lagi.

Acara berkenaan bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pendekatan yang berbeza terhadap kajian Shakespeare melalui pelbagai aktiviti serta menunjukkan kemahiran-kemahiran para pelajar melalui persembahan mereka.

Gambar ramai peserta pementasan dari Maktab Sains.
Gambar ramai peserta pementasan dari Maktab Sains.
Peniaga tempatan yang turut memeriahkan Hari Memperingati Shakespeare.
Peniaga tempatan yang turut memeriahkan Hari Memperingati Shakespeare.

ARTIKEL YANG SAMA