Pemerhati anti-rasuah kecam 137 di bank ICBC terbesar China

Pemerhati anti-rasuah kecam 137 di bank ICBC terbesar China

SHANGHAI, 8 Dis – Pemerhati anti-rasuah China mengatakan hari ini ia telah mengecam 137 pemilik bank di Bank Industri dan Komersial China (ICBC), pemberi pinjaman terbesar negara itu, langkah terbaru dalam kempen menentang rasuah di sektor kewangan.

Pengumuman itu muncul beberapa minggu selepas ejen anti-rasuah menyiasat dua pembrokeran terbesar dan mengecam empat eksekutif di sebuah syarikat insurans terkemuka.

Kempen meluas itu telah menggentarkan industri kewangan yang baru berpulih dari harga saham menjunam musim panas, dengan kebimbangan menjadi lebih kusut dalam siasatan yang disasarkan ke atas pelabur asing.

Menurut kenyataan dari Suruhanjaya Tengah bagi Pemeriksaan Disiplin (CCDI), hari ini, di laman web rasminya, mengatakan siasatan menemui 25 pelanggaran disiplin Parti Komunis China di ICBC yang melibatkan 47 orang.

CCDI mengatakan kesalahan itu termasuk penganjuran bankuet dalaman yang tidak dibenarkan dan menerima cuti daripada klien, dan ia juga memberi amaran pesalah dengan pelbagai tahap yang teruk.

Pemerhati mengatakan terdapat 18 lagi jenis kes disiplin melibatkan 90 pekerja, beberapa daripada menerima amaran sementara yang lain dipecat. Ia tidak menghuraikan kesalahan itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA