Pemeriksaan kenderaan melalui tempahan

Pemeriksaan kenderaan melalui tempahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa mulai esok (14 Disember 2015), pemeriksaan kenderaan persendirian tujuh tahun dan ke atas secara ‘walk-in’ akan diberhentikan dan semua pemeriksaan kenderaan berkenaan hanyalah melalui tempahan sahaja.

Pengarah JPD, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi dalam kenyataannya berkata, langkah ini bertujuan untuk memastikan operasi pemeriksaan kenderaan persendirian tujuh tahun ke atas di Pusat Pemeriksaan Kenderaan, JPD Beribi, Gadong dikendalikan secara sistematik dan teratur serta untuk memberi keselesaan kepada orang ramai.

Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan untuk membuat tempahan lebih awal bagi pemeriksaan kenderaan persendirian tujuh tahun ke atas dengan terlebih dahulu menghubungi talian 2448008 atau 2448009 atau berurusan terus ke Kaunter 2, Pondok Lorong Pemeriksaan 6 dan 7, Pusat Pemeriksaan Kenderaan, JPD, Beribi, Gadong.

Waktu membuat tempahan ialah dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:45 hingga 4:15 pada sebelah petang. Di kesempatan ini, JPD juga meminta kerjasama serta sokongan berterusan daripada orang ramai dalam usahanya menyediakan perkhidmatan yang teratur demi memudahkan segala urusan orang ramai dengan pihak jabatan.

ARTIKEL YANG SAMA