Pemeriksaan kesihatan percuma

Pemeriksaan kesihatan percuma

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Wakil Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) turut berada di The Mall, Gadong, bagi menjalankan ujian gula dalam darah secara percuma bagi tiga hari pertama Jerayawara Rumah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang bermula hari ini.

Menurut kenyataan JPMC, penyertaannya ini adalah bagi menyokong Takaful Brunei Keluarga (TBK) yang mempromosikan Takaful As Syifa dengan membawa tema insurans hayat iaitu Menyimpan, Melabur dan Melindungi.

Pada ujian percuma itu, borang tinjauan juga akan diedarkan di mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah daripada pusat perubatan berkenaan.

Sepanjang acara sehingga 4 Oktober itu, JPMC juga akan mewujudkan kesedaran kanser payu dara bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara dalam bulan Oktober, dengan menawarkan promosi bagi Pemeriksaan Mamografi pada harga istimewa. Pakej ini ditawarkan dari 1 hingga 31 Oktober dan boleh ditebus sehingga 31 Disember.

Salah seorang pengunjung membuat pemeriksaan kesihatan di jerayawara tersebut.
Salah seorang pengunjung membuat pemeriksaan kesihatan di jerayawara tersebut.

Dalam pada itu, bersempena Hari Osteoporosis Sedunia, yang diraikan pada 20 Oktober setiap tahun, JPMC juga menawarkan Promosi Tulang dan Sendi yang termasuk pakej-pakej seperti Penyaringan Gout, Penyaringan Osteoporosis, Penyaringan Sakit Lutut dan Viscosupplementation, juga bagi tempoh 1 hingga 31 Oktober dan boleh ditebus sehingga 13 November 2015.

Menurut kenyataan itu lagi, pemegang kad kredit Baiduri juga akan mendapat diskaun 10 peratus bagi semua pakej-pakej penyaringan Promosi Tulang dan Sendi.

Sepanjang bulan ini juga, Pusat Kecergasan JPMC juga akan menawarkan pakej keahlian istimewa bagi tiga, enam dan 12 bulan sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA