Pemeriksaan mengejut TAP

Pemeriksaan mengejut TAP

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Dalam memastikan pekerja-pekerja tempatan didaftarkan dan dicarumkan dalam Skim TAP dan SCP, pegawai-pegawai pemeriksa Tabung Amanah Pekerja (TAP), hari ini, telah meneruskan lagi siri lawatan mengejut ke premis-premis perniagaan di sekitar kawasan ibu negara.

Menurut kenyataan TAP, di sini, hari ini, daripada 33 premis yang dilawati, didapati seramai 11 pekerja belum berdaftar dengan skim TAP dan Supplementary Contributionary Pensions (SCP).

Majikan yang gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan juga telah diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan lanjut seperti proses pendaftaran pekerja serta proses pembayaran caruman tertunggak.

Para pegawai pemeriksa TAP ketika membuat lawatan mengejut ke premis-premis perniagaan.
Para pegawai pemeriksa TAP ketika membuat lawatan mengejut ke premis-premis perniagaan.
Para pegawai ketika memeriksa salah satu premis.
Para pegawai ketika memeriksa salah satu premis.

Dalam kesempatan ini, TAP memaklumkan bahawa pekerja yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam hendaklah didaftarkan ke TAP dan dicarumkan ke dalam Skim TAP dan SCP setiap bulan.

Pekerja boleh membuat aduan sama ada dengan mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800, atau pun melalui e-mel TAP di ask@tap.com.bn dan Facebook TAP di www.facebook.com/TabungAmanahPekerjaTAP.