Pemeringkatan kredit Greece ‘Caa3’ – Moody’s

Pemeringkatan kredit Greece ‘Caa3’ – Moody’s

WASHINGTON, 2 Julai (AFP) – Moody’s mengurang pemeringkatan kreditnya untuk Greece kepada “Caa3” semalam, mengingatkan adalah tidak mungkin pemiutang akan menyokong negara itu sekarang, apa sahaja yang berlaku dalam referendum pada Ahad.

Pemotongan tersebut membawa pemeringkatan Greece kepada dua langkah di atas “kegagalan membayar,” dan berlaku selepas program jaminan keluar Kesatuan Eropah untuk negara itu luput tempohnya tanpa pengganti pada Selasa, dan kegagalan membayar Athens untuk hutangnya kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa.

Sementara negara dan pemiutang rasmi sedang menunggu keputusan referendum akan datang mengenai penerimaan pelan menyelamat EU, Moody’s berkata referendum “menambah risiko yang lebih akut kepada pemiutang persendirian.”

“Moody’s percaya tanpa sokongan berterusan daripada pemiutang rasmi, Greece akan gagal membayar hutang persendiriannya,” kata agensi pemeringkatan.

Ia berkata ia akan mengkaji semula keputusan referendum untuk penurunan gred seterusnya, dengan langkah seterusnya adalah “Ca,” menandakan “kegagalan membayar akan berlaku tidak lama lagi.”

Para pesara berbaris di luar bank negara Greece yang dibuka hanya untuk urusan golongan pesara bagi membolehkan mereka mengambil elaun pencen mereka, dengan had pengeluaran hanya 120 euro, di Athens pada 2 julai 2015. – AFP
Para pesara berbaris di luar bank negara Greece yang dibuka hanya untuk urusan golongan pesara bagi membolehkan mereka mengambil elaun pencen mereka, dengan had pengeluaran hanya 120 euro, di Athens pada 2 julai 2015. – AFP

Satu pengundian “tidak” pada Ahad, kata Moody’s, “mungkin menambah risiko pengeluaran dari kawasan euro yang akan memberikan kerugian besar ke atas pemiutang sektor swasta.”

Moody’s tidak menghebohkan prospek perjanjian baru di antara negara dan pemiutang, walaupun kedua-dua pihak terus melayan cadangan baru.

Peristiwa terbaru “telah menggambarkan jurang di antara apa yang akan dituntut oleh pemiutang Greece sebagai syarat untuk sokongan berterusan pada tahun-tahun akan datang, dan apa yang mampu dilakukan oleh institusi Greece untuk memenuhi permintaan berkenaan dengan pembaharuan ekonomi dan fiskal yang bermakna.”

“Ia mewujudkan kesukaran besar untuk pencapaian perjanjian sokongan yang berkekalan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA