Pemerintah ABDB terima bintang kehormatan Indonesia

Pemerintah ABDB terima bintang kehormatan Indonesia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, baru-baru ini, telah menerima Bintang Kehormatan Yudha Dharma Utama daripada Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, bintang kehormatan itu telah disampaikan oleh Ketua Pemerintah Tentera Negara Indonesia (TNI), Jeneral Dato Paduka Seri Dr Moeldoko di majlis penganugerahan yang berlangsung di Ibu Pejabat TNI (MABES), Jakarta, Indonesia, pada 17 Jun lalu.

Anugerah berkenaan ialah sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam memupuk persahabatan di antara ABDB dan TNI.

Di bawah kepimpinan Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih, hubungan dua hala di antara kedua-dua angkatan bersenjata terus berkembang menerusi pelbagai interaksi meluas.

Yang Dimuliakan Pehin berada di Republik Indonesia pada 16 hingga 18 Jun lalu bagi lawatan kerja.

Yang Dimuliakan Pehin menerima bintang kehormatan yang disampaikan oleh, Jeneral Dato Paduka Seri Dr Moeldoko.
Yang Dimuliakan Pehin menerima bintang kehormatan yang disampaikan oleh, Jeneral Dato Paduka Seri Dr Moeldoko.

ARTIKEL YANG SAMA