Pemerintah ABDB terima kunjungan muhibah

Pemerintah ABDB terima kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, hari ini, menerima kunjungan muhibah daripada Pembantu Panglima Besar Staf Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Muda Sugeng Darmawan, S.E.

Laksamana Muda Sugeng Darmawan dan delegasi berada di Brunei Darussalam bagi Persidangan Jawatankuasa Kecil Latihan Bersama dan Pendidikan (JTESC) ABDB-TNI, anjuran Direktorat Personel, yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin hingga esok.

Kunjungan muhibah berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala dan persefahaman bersama di antara ABDB dan TNI melalui pelbagai interaksi dan pertukaran profesional.

Pemerintah ABDB menerima kunjungan muhibah daripada Pembantu Panglima Besar Staf Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Pemerintah ABDB menerima kunjungan muhibah daripada Pembantu Panglima Besar Staf Tentera Nasional Indonesia (TNI).

ARTIKEL YANG SAMA