Pemerintah ABDB terima penghormatan

Pemerintah ABDB terima penghormatan

Oleh Sim Y. H.

 

Gambar oleh Kementerian PertahananBANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah menerima penghormatan dengan menjadi ahli ke-11 Dewan Kemasyhuran Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Malaysia pada 5 Jun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan di sini, hari ini, Yang Dimuliakan Pehin merupakan ahli antarabangsa pertama yang dimasukkan sejak penubuhan Dewan Kemasyhuran itu pada 2004.

Dewan Kemasyhuran itu merupakan sebagai pengiktirafan dan tanda penghargaan kepada alumni-alumni Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Malaysia yang mencatatkan kejayaan dalam kerjaya mereka dengan mencapai kedudukan yang tertinggi seperti ketua perkhidmatan, ketua atau pemerintah angkatan bersenjata atau lebih tinggi lagi di sektor awam dan swasta.

Menurut kenyataan itu lagi, Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih mengikuti Kursus Turus (Command and Staff Course) di Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Malaysia, Haigate pada 1997.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menerima penghormatan menjadi ahli ke-11 Dewan Kemasyhuran Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Malaysia.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menerima penghormatan menjadi ahli ke-11 Dewan Kemasyhuran Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA