Pemerintah laut AS, China bersua Ahad ini

Pemerintah laut AS, China bersua Ahad ini

WASHINGTON, 15 Julai – Para pemerintah tentera laut AS dan China akan mengadakan pertemuan di tengah ketegangan yang meningkat berhubung tuntutan China ke atas kebanyakan Laut China Selatan, menurut tentera laut AS semalam.

Laksamana John Richardson, ketua operasi tentera laut AS, akan mengadakan lawatan tiga hari bermula Ahad, dengan membuat persinggahan di Beijing dan bandar pantai Qingdao dan akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Wu Shengli.

Beijing meradang dengan perintah tribunal antarabangsa Selasa lalu yang membuktikan tuntutan China ke atas laluan air strategik itu tidak sah dan China telah menjanjikan ‘respons tegas’ terhadap sebarang ‘tindakan provokasi’ di rantau itu.

AS yang mempunyai tentera laut terbesar di dunia, mengekalkan kehadiran tetap kapal tentera di rantau itu. Sejak tahun lalu ia juga melancarkan tiga rondaan ‘kebebasan pengemudian’ di rantau itu yang mengakibatkan kapal perang dalam jarak 12 batu nautika kepulauan buatan yang dibina oleh Beijing di Laut China Selatan untuk membayangkan Washington tidak menerima tuntutan wilayah China. – AFP