Pemerintah TDDB terima lencana Kagitingan

Pemerintah TDDB terima lencana Kagitingan

MANILA, 6 Sept – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah dianugerahkan lencana Kagitingan, Tentera Darat Republik Filipina (Philippine Army).

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pemerintah Tentera Darat Republik Filipina, Lt Jen Eduardo Manahan Ano dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan tentera yang lain.

Penganugerahan lencana itu merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan Tentera Darat Republik Filipina kepada pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan luar negara.

Pemerintah TDDB dianugerahkan lencana tersebut semasa membuat Kunjungan Pengenalan ke Republik Filipina pada 2 hingga 4 September lalu. Kunjungan pengenalan itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan Tentera Darat Republik Filipina serta Angkatan Bersenjata Republik Filipina.

Bri Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan ketika dianugerahkan lencana Kagitingan oleh Lt Jen Eduardo Manahan Año.
Bri Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan ketika dianugerahkan lencana Kagitingan oleh Lt Jen Eduardo Manahan Año.

ARTIKEL YANG SAMA