Pemerintah TLDB dalam senarai Dewan Kemasyhuran MPAT

Pemerintah TLDB dalam senarai Dewan Kemasyhuran MPAT

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad hari ini menjadi anggota kelapan dalam Dewan Kemasyhuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di sini.

Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi, 49, dalam ucapannya berkata ia adalah satu keistimewaan untuk diberikan penghargaan seperti itu dan belajar di MPAT adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Beliau yang juga lulusan dari Brittania Royal Naval College, United Kingdom pada 1989, lulus dari MPAT pada 2002 dan telah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selama 29 tahun iaitu sejak 1987.

Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamrulzaman Ahmad Badaruddin (kiri) menerima kunjungan hormat Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di Kementerian Pertahanan kelmarin.  – Bernama
Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamrulzaman Ahmad Badaruddin (kiri) menerima kunjungan hormat Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di Kementerian Pertahanan kelmarin.
– Bernama

Pada 2012, beliau dilantik menjadi Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei tahun lalu.

Mereka yang dimasukkan dalam Dewan Kemasyhuran MPAT terdiri daripada alumni MPAT yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau luar negara. – Bernama

Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi memeriksa perbarisan kehormatan oleh Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama
Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi memeriksa perbarisan kehormatan oleh Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA