Pemerintah TUDB terima lencana kehormat RTAF

Pemerintah TUDB terima lencana kehormat RTAF

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Tentera Udara Diraja Brunei

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip, telah dianugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat daripada Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) di majlis yang berlangsung di Markas RTAF pada 27 Julai lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Panglima RTAF, Ketua Marsyal Udara Treetod Sonjance, yang mana penganugerahan lencana itu merupakan satu simbol pengiktirafan ke atas hubungan akrab yang telah lama terjalin di antara kedua-dua buah tentera udara.

Menurut kenyataan itu lagi, Pemerintah TUDB telah membuat Lawatan Perpisahan ke RTAF selama tiga hari, bermula 26 hingga 28 Julai.

Di antara program lawatan yang telah disediakan adalah Kunjungan Perpisahan daripada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi kepada Ketua Marsyal Udara Treetod Sonjance dan Majlis Makan Malam Rasmi yang telah berlangsung di Salathip, Shangri-La Hotel.

Pada awal tahun ini, Panglima Besar RTAF telah membuat Lawatan Pengenalan ke Negara Brunei Darussalam sebagai lawatan rasmi ke TUDB.

Ketua Marsyal Udara Treetod Sonjance menyampaikan anugerah Lencana Juruterbang Kehormat RTAF kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi.
Ketua Marsyal Udara Treetod Sonjance menyampaikan anugerah Lencana Juruterbang Kehormat RTAF kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi.

pg10_150731_c

Pemerintah TUDB membuat kunjungan perpisahan kepada Panglima RTAF.
Pemerintah TUDB membuat kunjungan perpisahan kepada Panglima RTAF.

Pertukaran lawatan yang kerap ini merupakan simbol komitmen dalam memperkuatkan lagi hubungan dua hala di antara dua buah tentera udara, yang diharap akan dapat diteruskan oleh kepimpinan seterusnya.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi telah berkhidmat di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selama 34 tahun.

Beliau telah mengambil alih kepimpinan Pemerintah TUDB mulai 7 Disember 2012. Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura adalah antara negara lain yang akan dilawati dalam kapasiti Lawatan Perpisahan beliau sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada penggantinya pada 25 September nanti.

ARTIKEL YANG SAMA