Pemidang Hari Kebangsaan mula dijual

Pemidang Hari Kebangsaan mula dijual

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Sempena Hari Kebangsaan ke-32 yang akan diraikan tidak lama lagi, pemidang-pemidang Hari Kebangsaan kini mula dijual kepada orang ramai melalui ejen-ejen terpilih di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan oleh D’Sunlit Sdn Bhd yang dikeluarkan di sini hari ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai pemidang-pemidang itu, orang ramai bolehlah menghubungi Ibu Pejabat D’Sunlit Sdn Bhd di Perindustrian Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA