Pemilihan kabinet berjalan lancar – Trump

Pemilihan kabinet berjalan lancar – Trump

NEW YORK, 17 Nov – Donald Trump semalam menegaskan peralihannya ke Rumah Putih berjalan lancar di sebalik laporan tentang kekecohan dan kucar kacir, ketika kebimbangan meningkat berhubung penasihat yang baru dilantik yang dilihat oleh ramai pihak sebagai pelampau berhaluan kanan.

Berdepan dengan cabaran yang menggentarkan berhubung pengambilan kakitangan pentadbiran baru yang termasuklah kelompok dekat kabinet, presiden yang baru dilantik itu terus selesa di Trump Tower di Manhattan, dengan menerima panggilan dari pemimpin luar dan mengadakan pertemuan dengan mereka yang bakal dilantik, ahli undangan dan penasihat.

Pasukan Trump berusaha untuk menangani berita angin tentang kekecohan di Trumpworld, di tengah laporan penyingkiran anggota republikan yang bercita-cita tinggi.

“Menyatukan kerajaan persekutuan adalah tugas besar,” bekas pengurus kempennya Kellyanne Conway memberitahu para pemberita sambil menambah bahawa ia adalah tidak benar jika ia tidak berjalan lancar. Semuanya berjalan dengan sangat lancar.

Dalam Twitter, Trump mempertahankan dirinya sendiri “proses sangat teratur ketika menentukan kabinet dan banyak jawatan lain. Saya tahu siapa yang menjadi finalis!,” beliau menulis lewat Selasa lalu.

Gambar fail 9 November 2016 menunjukkan Donald Trump berucap semasa perhimpunannya di New York. Donald Trump semalam menegaskan peralihannya ke Rumah Putih berjalan dengan lancar di sebalik laporan tentang kekecohan dan kucar kacir mengenainya. – AP
Gambar fail 9 November 2016 menunjukkan Donald Trump berucap semasa perhimpunannya di New York. Donald Trump semalam menegaskan peralihannya ke Rumah Putih berjalan dengan lancar di sebalik laporan tentang kekecohan dan kucar kacir mengenainya. – AP

Pasukan peralihan Trump berkata presiden yang baru dilantik itu kini bercakap melalui telefon dengan kira-kira 29 pemimpin negara atau pembesar negara, termasuklah pemimpin dari Britain, China, Perancis, India, Jepun, Rusia, Arab Saudi dan Turki.

Tetapi di sebalik penafian Trump, semakin bertambah tanda-tanda kekecohan dalam pememilihan kabinet dan pengisian kira-kira 4,000 pelantikan politik. Dan kontroversi berhubung salah seorang dari dua perlantikan utama Trump – Stephen Bannon, batu api anti penubuhan yang telah dilantik menjadi ketua strategik – terus menduri dalam ramai pihak Demokrat.

Bannon – yang berperanan penting dalam kempen Trump sedang bercuti dari peranannya sebagai pengerusi laman sesawang Breibart, yang dilihat oleh para pengkritik sebagai sarang kekuasaan kulit putih. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA