Pemilihan kabinet Trump masih samar-samar

Pemilihan kabinet Trump masih samar-samar

NEW YORK, 16 Nov – Presiden yang baru dilantik, Donald Trump semalam meneruskan usahanya untuk membentuk kabinetnya bersama dengan bekas datuk bandar New York, Rudy Giuliani yang dijangka menduduki jawatan setiausaha negara tetapi laporan mengatakan bahawa persaingan sesama sendiri dengan kata-kata tajam memincangkan lagi proses penting itu.

Jutawan Republikan itu mencetuskan siri-siri kritikan ekoran pemilihan ketua pakar strategik oleh beliau, batu api anti penubuhan Steve Bannon yang pernah menjadi ketua laman sesawang provokatif, Breitbart yang dilihat oleh para pengkritik sebagai penyokong kulit putih.

Sekutu utama Trump, Giuliani, bekas duta AS, John Bolton yang berpendirian keras, jeneral bersara Michael Flynn dan Senator Alabama Jeff Sessions semuanya dilaporkan dalam senarai pendek bagi jawatan tertinggi pentadbiran.

Namun proses berisiko tinggi bagi pengisian lebih dua belas jawatan kabinet terganggu oleh banyak keterangan. Satu sumber yang dipetik oleh CNN mengatakan lobi ketegangan sebagai ‘konfrontasi fizikal ganas’.

Timbalan presiden dan pemimpin peralihan Mike Pence banyak menghabiskan masa di Trump Tower – yang telah menyaksikan banyak kegiatan sejak pilihan raya Selasa lalu tetapi satu-satunya ulasannya kepada media ketika dia meninggalkan tempat itu ialah “Hari yang hebat”.

Mike Pence semasa berada di Trump Tower di New York kelmarin. Pence membantu Trump dalam pemilihan kabinet presiden. – AFP
Mike Pence semasa berada di Trump Tower di New York kelmarin. Pence membantu Trump dalam pemilihan kabinet presiden. – AFP

Antara yang dilihat di bangunan tinggi Manhattan itu ialah Ted Cruz – senator Texas yang sangat konservatif yang telah dibidas secara berterusan oleh orang berpengaruh dalam hartanah itu ketika pilihan raya kecil Republikan, dengan menggelarkannya ‘Lyin’ Ted’.

Ditanya sama ada dia ingin dipertimbangkan bagi kedudukan dalam pentadbiran Trump atau akan terus dalam Senat, dia menjawab “Pemilihan ini adalah mandat bagi perubahan.”

Jason Miller, penasihat perhubungan peralihan, memberitahu para pemberita bahawa Trump dan Pence akan “mengkaji semula sebilangan nama” bagi jawatan kabinet, termasuklah “nama-nama yang bukan biasa.”

Tetapi pasukan Trump berdepan dengan siri-siri halangan ketika menangani tugas menggentarkan dalam membentuk pentadbiran dengan pengaruh untuk menyokong ahli politik baru yang berusia 70 tahun itu apabila beliau mengambil alih jawatan dalam tempoh hanya sembilan minggu. Rombakan pertama dibuat Jumaat lalu apabila Trump merombak kumpulan , dengan meletakkan tanggung jawab pada Pence.

Kemudian semalam, ketua keselamatan kebangsaan kumpulan peralihan itu, Mike Rogers, meletak jawatan dalam yang ditafsirkan sebagai tanda baru keadaan tidak keruan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA