Pemilihan pertama bermula

Pemilihan pertama bermula

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Seramai 36 pemain Liga Futsal Brunei (BFL) 2015 yang terpilih hadir menyertai sesi pemilihan awal pertama pagi ini untuk Kejohanan Futsal AFF 2015 di Thailand.

Dalam sesi pemilihan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), mereka telah melalui uji cuba bermain dengan bertukar-tukar rakan sepasukan untuk tempoh 10 minit bagi setiap perlawanan.

Dalam 13 perlawanan yang diadakan dengan setiap satu dijalankan tanpa sebarang pertukaran pemain sempat dijalankan untuk 26 buah pasukan berbeza bagi melihat keserasian pemain dengan rakan sepasukannya yang lain.

Seramai 56 pemain termasuk 20 pemain Bawah 21 Tahun daripada 12 pasukan BFL 2015 yang telah dikenalpasti bakat dan kemahiran sepanjang BFL 2015 telah dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan pertama ini.

Sesi pemilihan awal pertama untuk Kejohanan Futsal AFF sedang dijalankan di Stadium Tertutup KSNHB pagi tadi.
Sesi pemilihan awal pertama untuk Kejohanan Futsal AFF sedang dijalankan di Stadium Tertutup KSNHB pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka masih berpeluang untuk memperlihatkan kehebatan permainan masing-masing pada sesi pemilihan awal kedua Ahad ini untuk disenarai pendek sebagai 25 pemain terbaik.

Lima puluh enam pemain yang terpilih terdiri daripada empat pemain MS ABDB, enam pemain Arbisyam FC, lima pemain BSRC FT, tiga pemain Riz Fiz FT, 16 pemain Shah United FC, dua pemain Street United FT, tiga pemain PBDB FT, tiga pemain Mixed Star FT, tiga pemain Pega Star FT, tiga pemain Syahkampong, enam pemain Kota Junior dan dua pemain Silveredz FT.

Negara Brunei Darussalam telah diundi bersama Thailand, Malaysia, Singapura dan Timor Leste dalam Kumpulan A untuk kejohanan yang akan berlangsung dari 8 hingga 16 Oktober 2015 nanti.