Pemilik bahan letupan diburu

Pemilik bahan letupan diburu

NEW DELHI, 13 Sept (Reuters) – Polis India hari ini mengatakan mereka sedang memburu pemilik stor bahan letupan haram yang secara tidak sengaja meledak di tengah-tengah bandar padat, membunuh sekurang-kurangnya 88 orang.

Rajendra Kaswa sudah didakwa kerana menyimpan secara haram batang gelatin dan urea, sejenis baja yang sering digunakan, berhampiran dengan sebuah restoran dan simpang sibuk di bandar Petlawad di tengah India, seorang pegawai polis kanan dan pesuruhjaya bahagian Sanjay Dubey mnejelaskan.

“Dia kini melarikan diri. Seorang daripada yang bersubahat dengannya sudah pun diberkas. Dia didakwa di bawah Akta Bahan Letupan,” Dubey memberitahu Reuters melalui telefon dari tapak letupan semalam, satu daripada letupan paling banyak membawa maut dalam masa beberapa tahun kebelakangan.

Polis pada asalnya menyangka kemalangan itu adalah akibat silinder gas yang meletup dalam restoran yang kemudiannya meledakkan bahan letupan bersebelahan, namun pegawai percaya ia berpunca dalam gudang bersebelahan restoran di mana Kaswa menyimpan bahan letupan dan kimia.

Orang ramai berdiri berhampiran unggun mayat Shantilal Boghra dan adiknya, Bhanu Doberaiya yang mati dalam letupan di tengah Ahmedabad, India semalam. Seramai 88 orang mati termasuk kedua-duanya dalam letupan yang dicetuskan bahan letupan haram di stor bersebelahan dengan restoran. – Reuters
Orang ramai berdiri berhampiran unggun mayat Shantilal Boghra dan adiknya, Bhanu Doberaiya yang mati dalam letupan di tengah Ahmedabad, India semalam. Seramai 88 orang mati termasuk kedua-duanya dalam letupan yang dicetuskan bahan letupan haram di stor bersebelahan dengan restoran. – Reuters

Kaswa mempunyai lesen bagi bahan letupan, namun menyimpannya terlalu hampir dengan sebuah restoran di bahagian paling padat penduduk bandar adalah haram, kata pegawai kanan polis Seema Alava.

Sekurang-kurangnya 88 orang terbunuh dalam letupan ketika restoran beberapa tingkat dan bangunan berhampiran runtuh, mengakibatkan serpihan bertebaran ke jalan raya semasa waktu pagi yang sibuk.

Rakaman televisyen menunjukkan tubuh-tubuh manusia bertaburan di jalanan di tengah-tengah motosikal dan bongkah konkrit. Polis mengatakan mereka sudah memindahkan semua mayat dari tempat kejadian.

Lebih daripada 100 cedera dalam letupan itu.

ARTIKEL YANG SAMA