Pemilik bahan letupan maut diburu

Pemilik bahan letupan maut diburu

NEW DELHI, 14 Sept (AFP) – Polis India telah menawarkan ganjaran ke atas pemilik bahan letupan haram yang meletup sebuah restoran yang sesak dan membunuh 88 orang selepas ia meletup secara tidak sengaja, kata seorang pegawai hari ini.

Polis sedang memburu ahli perniagan Rajendra Kasawa ekoran letupan pada Sabtu yang memusnah kompleks bangunan restoran di negeri Rajendra Pradesh, dipenuhi dengan pekerja pejabat dan kanak-kanak sekolah yang memakan sarapan.

Berpuluh pekerja buruh yang sedang menunggu di sebuah perhentian bas di luar kompleks juga terkena serpihan daripada letupan, yang memusnahkan bangunan berhampiran di bandar Petlawad.

Lapan puluh lapan orang terbunuh dan kira-kira 100 cedera dalam kemalangan paling teruk di India dalam beberapa tahun ini. Kasawa mempunyai lesen untuk gelignite dan bahan letupan lain yang digunakan untuk menggali telaga dan dalam industri pembinaan dan perlombongan.

Gambar diambil 12 September menunjuk serpihan letupan yang memusnahkan bangunan di Petlawad. – AFP
Gambar diambil 12 September menunjuk serpihan letupan yang memusnahkan bangunan di Petlawad. – AFP

Namun menyimpan mereka di kawasan perumahan dan kawasan yang mempunyai penduduk yang padat adalah salah daripada segi undang-undang.

Penguasa polis tambahan Seema Alva berkata seorang pegawai telah digantung kerana gagal menguatkuasa undang-undang mengenai simpanan.

“Kami juga telah mengumumkan ganjaran wang tunai sebanyak 100,000 rupee kepada sesiapa yang memberikan sebarang maklumat mengenai tertuduh, yang sedang melarikan diri,” beritahu Alva kepada AFP.

Kasawa melarikan diri dari kawasan itu selepas letupan dan menghadapi dakwaan kecuaian dan membunuh, kata polis.

ARTIKEL YANG SAMA