Pemilik baru Villa janji kembali ke EPL

Pemilik baru Villa janji kembali ke EPL

LONDON, 20 Mei (AFP) – Pemilik baru Aston Villa, Tony Xia (gambar) berjanji mengembalikan kelab yang diturunkan pangkat ke Liga Kejuaraan itu kembali ke era kegemilangannya secepat mungkin.

Xia atau nama Cinanya, Xia Jiantong, membeli Villa kelmarin dengan harga AS$87 juta dan sedang mencari pengurus baharu secepat mungkin sebelum membawa masuk pemain dalam usaha mengubah nasib kelab bermasalah itu.

Villa tersingkir buat pertama kali dalam tempoh 29 tahun dari kejohanan elit, Liga Perdana Inggeris di sebalik bantahan peminat terhadap pemain yang gagal beraksi dengan baik serta pemilik sebelum ini, Randy Lerner.

Tim Sherwood and Remi Garde, kedua-duanya dipecat selepas tampil mengecewakan selaku pengurus Villa musim ini dan bekas pengurus Leicester, Nigel Pearson serta bekas ketua Chelsea, Roberto di Matteo dilaporkan adalah pesaing utama untuk mengambil alih.

pg20_160521_c

Xia tahu pengurus yang baik sebagai asas yang penting jika Villa mahu memenuhi impian mereka untuk kembali ke saingan elit pada musim akan datang selain menjadi salah satu kelab utama di dunia.

“Cita-cita saya adalah untuk membawa Villa berada dalam kedudukan enam terbaik dalam masa kurang lima tahun dan saya harap akan menjadi ketiga terbaik di dunia, atau yang paling dikenali di dunia dalam masa kurang 10 tahun,” kata Xia kepada Guardian.

“Perkara paling penting sekarang adalah mendapatkan pengurus. “Kita memerlukan jurulatih yang benar-benar tahu bagaimana beraksi di Liga Kejuaraan. Ia lebih sukar daripada Liga Perdana. Kia perlu tahu bagaimana untuk menyusun semula pasukan,” katanya.