Pemilik Evoque diketahui 13 Jun ini

Pemilik Evoque diketahui 13 Jun ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Sebanyak 10 daripada 90,000 penyertaan dalam cabutan bertuah promosi Ganjaran iCARe21, Insurans Islam TAIB, telah dipilih untuk menyertai cabutan memilih pemenang hadiah utama berupa kereta Range Rover Evoque, yang akan diadakan pada 13 Jun depan.

Pemilihan para finalis berkenaan dilakukan oleh Pengarah Insurans TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair, di majlis cabutan yang berlangsung di Pejabat Insurans Islam TAIB, Kiulap, hari ini.

Pada cabutan utama itu, di samping hadiah utama, sembilan peserta lain juga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti wang tunai $300 dan $600, iPhone 5S, Samsung Galaxy S5, iPad mini dengan retina display dan baucar-baucar bernilai $100.

Promosi Ganjaran iCARe21 telah berlangsung selama setahun, bermula pada 15 Mei 2014 sehingga 16 Mei 2015, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-21 Insurans Islam TAIB.

Haji Osman ketika mengambil cabutan undian untuk 10 peserta bertuah iCARe21 Rewards.
Haji Osman ketika mengambil cabutan undian untuk 10 peserta bertuah iCARe21 Rewards.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, Hari Insurans Islam TAIB juga akan diadakan pada 12 dan 13 Jun ini dengan pelbagai aktiviti menarik, pemberian hadiah-hadiah dan baucar, pameran kereta daripada Indera Motors Sdn Bhd dan Setia Motors serta uji pandu Indera Motors Sdn Bhd dan pameran daripada Bengkel Kereta Berakas (BKB) Sdn Bhd.

Selain itu, cabutan bagi Ganjaran iCARe21 suku ke-4 turut diadakan di mana lima peserta bertuah akan membawa pulang hadiah-hadiah lumayan.

ARTIKEL YANG SAMA