Pemilik Hyundai Accent bakal diketahui

Pemilik Hyundai Accent bakal diketahui

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Lapan daripada 68 orang pelanggan yang telah membeli kereta Hyundai Accent akan dijemput untuk mengikuti cabutan akhir Promosi Cabutan Bertuah Hyundai Accent 2016 yang akan diadakan pada 12 Ogos ini.

Cabutan awal bagi memilih lapan orang pelanggan berkenaan telah dibuat di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd, Beribi, hari ini, yang disempurnakan oleh Pengurus Jualan Setia Motors Sdn Bhd, Awang Fadhillah Sulaiman.

Pelanggan-pelanggan bertuah itu terdiri daripada Awang Hasnan bin Haji Salleh, Dayang Noridah binti Tujoh, Dayang Siti Wardah binti Hidup, Hajah Nadiah binti Haji Sulaiman, Awang Mohamad bin Haji Terawih, Awang Abdul Musauwir bin Haji Abdul Rahman, Haji Awang Jufri bin Ibrahim dan Dayang Amalina binti Haji Matamit.

Hyundai Accent 1.4 Liter yang bakal dimiliki oleh salah seorang pelanggan bertuah nanti.
Hyundai Accent 1.4 Liter yang bakal dimiliki oleh salah seorang pelanggan bertuah nanti.
Awang Fadhillah ketika menyempurnakan cabutan bagi lapan peserta finalis untuk ke cabutan akhir Promosi ‘Cabutan Bertuah Hyundai Accent 2016’.
Awang Fadhillah ketika menyempurnakan cabutan bagi lapan peserta finalis untuk ke cabutan akhir Promosi ‘Cabutan Bertuah Hyundai Accent 2016’.

Dalam cabutan akhir itu nanti, salah seorang daripada mereka akan memenangi sebuah kereta Hyundai Accent 1.4 Liter dan telefon pintar Android sebagai hadiah sagu hati tajaan BIBD At-Tamwil, Bank Baiduri, Insurans Islam TAIB dan MBA.

Menurut Awang Fadhillah, promosi ini dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, jadi pelanggan yang membeli kereta dalam tempoh tiga bulan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Setakat ini Hyundai Accent adalah antara model kereta Hyundai yang mempunyai jualan tertinggi Hyundai di Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA