Pemilik kereta Jeep adakan perhimpunan

Pemilik kereta Jeep adakan perhimpunan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Pemilik-pemilik kereta Jeep di bawah Kumpulan Pemilik Jeep Brunei (JOGB) berkumpul dalam satu aktiviti Perhimpunan Pemilik Jeep bagi berkongsi penggunaan fungsi-fungsi kereta Jeep yang berlangsung di Hutan Simpan Berakas, semalam.

Selain menikmati hidangan jamuan, setiap pemilik Jeep berkongsi pengalaman mereka menggunakan jenama Jeep daripada model Renegade, Wrangler kepada model spesifikasi tinggi Grand Cherokee SRT.

Pelatih Teknikal GHK Motors, Dedi Rusmiadi dan Penasihat Bengkel GHK Motors, Awang Mohd Naufal Abdullah Sim turut hadir untuk mengendalikan kursus ulang kaji bagi para pemilik Jeep dalam memahami dan mengenali fungsi alat-alat, pengenalan kereta Jeep dan penggunaan kereta secara betul termasuk taklimat keselamatan jika berlaku kecemasan.

Aktiviti tersebut dianjurkan oleh kumpulan JOGB dan disokong oleh GHK Motors Sdn Bhd.

Sesi bergambar ramai bersama para pemilik kereta jenama Jeep anjuran JOGB yang disokong oleh GHK Motors Sdn Bhd.
Sesi bergambar ramai bersama para pemilik kereta jenama Jeep anjuran JOGB yang disokong oleh GHK Motors Sdn Bhd.
Antara kereta Jeep yang mengikuti perhimpunan itu.
Antara kereta Jeep yang mengikuti perhimpunan itu.

ARTIKEL YANG SAMA