Pemilik kereta Mini Cooper tonton ‘Pixels’

Pemilik kereta Mini Cooper tonton ‘Pixels’

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Kira-kira 200 pemilik kereta Mini Cooper hari ini diraikan oleh pengedar tunggal kereta Mini Cooper di negara ini, QAF Auto Sdn Bhd, untuk menonton tayangan filem berjudul ‘Pixels’, di The Empire Hotel And Country Club Cineplex.

Jemputan itu adalah bagi memperkenalkan model terbaru jenama kereta buatan Great Britain, iaitu Mini Cooper 5-Pintu yang turut dipamerkan di ruang luar pawagam itu.

Filem ‘Pixels’ yang bercorak komedi dan aksi itu berlegar di sekitar kisah Presiden Amerika Syarikat yang terpaksa mendapatkan khidmat kemahiran tiga teman rapatnya sedari kecil yang mahir dalam permainan video untuk menangkis serangan makhluk asing untuk menawan dunia menggunakan perisian permainan video tahun 1980-an.

QAF Auto Sdn Bhd memilih filem berkenaan untuk tontonan pelanggan Mini Cooper tempatan kerana kumpulan pakar permainan video yang ditugaskan untuk mempertahankan serangan makhluk asing telah menggunakan empat buah kereta Mini Cooper yang dilengkapi senjata canggih untuk mempertahankan Bandaraya New York daripada serangan makhluk asing Pac-Man.

Sebahagian daripada pemilik kereta Mini Cooper bergambar di hadapan model terbaru Mini Cooper 5-Pintu selepas tayangan filem ‘Pixels.’
Sebahagian daripada pemilik kereta Mini Cooper bergambar di hadapan model terbaru Mini Cooper 5-Pintu selepas tayangan filem ‘Pixels.’

Kesemua hero tersebut telah menggunakan kelasakan dan ketahanan kereta Mini Cooper yang dipandu untuk memburu dan akhirnya menghapuskan pencerobohan Pac-Man lalu menyelamatkan dunia daripada kemusnahan.

ARTIKEL YANG SAMA