Pemilik Navara dihargai

Pemilik Navara dihargai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Seramai 11 buah pemilik kereta Nissan Navara telah berlepas ke Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada acara ‘Big Boy Toys’ yang dikelolakan oleh Boustead Sdn Bhd.

Acara perlepasan telah diadakan pagi tadi di Bilik Pameran Boustead, Beribi dan disempurnakan oleh Pengurus Jualan Kanan Boustead Sdn Bhd, Tan Teck Hock.

Para peserta akan berada di Kota Kinabalu selama empat hari dan menuju ke Maliau Basin yang juga dikenali sebagai ‘The Lost World of Sabah’.

Sesi bergambar ramai bersama para peserta sebelum berlepas.
Sesi bergambar ramai bersama para peserta sebelum berlepas.

Menurut Tan Teck, acara itu adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka dengan menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, di samping memberikan mereka pengetahuan mengenai fungsi-fungsi yang terdapat dalam kereta Navara.

“Salah satu daripada fungsi penting itu ialah ‘Shift on The Fly,’ yang mana pemilik Navara akan secara mudah boleh menukar antara 2WD dan 4WD dengan hanya menekan punat disediakan,” katanya.

Semasa di sana, para peserta juga boleh menyertai peraduan ‘Instagram,’ dengan gambar yang mempunyai paling banyak ‘Like’ akan memenangi hadiah baucar wang tunai.

ARTIKEL YANG SAMA