Pemilik pertama Outlander 2.4 terima kunci

Pemilik pertama Outlander 2.4 terima kunci

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi di Brunei, baru-baru ini, telah melancarkan Mitsubishi Outlander 2.4 dan pagi tadi telah menyerahkan kunci kepada pemilik pertama model terbaru itu.

Awang Mohd Nazmi bin Haj Ismail, selaku pemilik pertama Outlander di Brunei diwakili oleh ayahnya menerima kunci berkenaan di Bilik Pameran GHK Motors Sdn Bhd.

Menurut Awang Mohd Nazmi, beliau berminat dengan Outlander terbaru itu atas beberapa alasan iaitu reka bentuk luaran semakin cantik berbanding model sebelumnya, tambahan lagi, ruang dalam, prestasi dan penjimatan minyak adalah kunci utama.

Outlander 2016 sebagai generasi ketiga bukan sahaja menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui, malah dipertingkatkan dari segi kejuruteraannya, pengalaman pemanduan, prestasi enjin dan dikira terdapat 98 jenis peningkatan berbanding model sebelum ini.

Awang Mohd Nazmi, selaku pemilik pertama Outlander, diwakili oleh ayah beliau semasa penyerahan itu yang berlangsung di Bilik Pameran GHK Motors Sdn Bhd.
Awang Mohd Nazmi, selaku pemilik pertama Outlander, diwakili oleh ayah beliau semasa penyerahan itu yang berlangsung di Bilik Pameran GHK Motors Sdn Bhd.

Antara sistem keselamatan canggih yang dimuatkan pada Outlander terbaru termasuk Adaptive Cruise Control (ACC) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem Brake Over Ride (BORS) sebagai sistem yang sangat cerdik dalam waktu panik, yang mana pemandu biasanya menekan minyak dan brek sekali gus, secara automatik penekanan minyak akan dibatalkan dan sistem brek mengambil alih.

Untuk keterangan lanjut mengenai kereta ini, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Mitsubishi atau menghubungi talian 2423423 semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK .

ARTIKEL YANG SAMA