Pemilik SKH turut meriahkan Tahun Baru Cina

Pemilik SKH turut meriahkan Tahun Baru Cina

Oleh Rafidah Jumat & Imelda Groves

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Pemilik Gedung Perniagaan Sim Kim Huat (SKH) malam tadi, juga tidak terkecuali telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Majlis yang diadakan di kediaman pemilik dan pengurus SKH, C.K. Lee di Kampung Sengkurong ‘A’ itu telah dimeriahkan dengan kunjungan saudara-mara, rakan niaga, sahabat-handai dan juga kakitangannya.

Wartawan Media Permata yang berkunjung ke majlis itu turut berkesempatan menemu bual C.K. Lee mengenai perkhidmatan troli di SKH yang kini dikenakan caj bayaran $1 jika ingin menggunakannya.

C.K. Lee mengatakan mereka mempunyai sebab tertentu untuk berbuat demikian selepas mendapati troli yang mereka tempatkan di luar gedung perniagaan semakin berkurangan, dan menambah, pada masa ini tiga cawangan SKH sudah pun mengenakan caj untuk setiap troli yang digunakan.

C. K. Lee bergambar ramai bersama keluarganya pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina malam kelmarin.
C. K. Lee bergambar ramai bersama keluarganya pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina malam kelmarin.

“Harga sebuah troli bukannya murah, kami membelinya dari negara Jerman pada harga $300,” katanya sambil menambah pelanggan sering merungut apabila mendapati troli yang disediakan tidak mencukupi bahkan bakul yang disediakan juga berkurangan.

“Dengan mengenakan bayaran $1 ini, pihak kami percaya pelanggan akan lebih menghargai troli yang disediakan tambahan lagi mereka akan mendapat balik duit mereka jika memulangkan semula troli yang sudah digunakan,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA