Pemimpin akar umbi merafakkan kesyukuran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Yang Disembahkan oleh Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Ketua-ketua Rumah Panjang Seluruh Negara sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di majlis yang berlangsung di Tarindak D’Seni, Jalan Residency di ibu negara itu dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan

Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-acara Daerah Mukim Sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha selaku pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. – Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Sultan, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di Tarindak D’Seni, Jalan Residency di ibu negara.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua rumah panjang seluruh negara di Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sambil disaksikan oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua rumah panjang seluruh negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua rumah panjang seluruh negara.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Pengiran Perdana Wazir berkenan berangkat ke majlis santap tersebut.
DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Pengiran Perdana Wazir dan DYTM Pengiran Digadong berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di Tarindak D’Seni.

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain dijunjung berangkat ke Dewan Serambi Suluh bagi sesi bergambar ramai.

Majlis kemudian disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan sembah kesyukuran oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin yang juga selaku Penghulu Mukim Gadong ‘A’ Zon 4, Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Haji Tahamit dalam sembah kesyukurannya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T terhadap berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia, di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan Baginda Sultan di atas takhta kerajaan Negara Brunei Darussalam, seluruh rakyat dan penduduk di mukim-mukim dan kampung serta pedalaman telah dapat menikmati pelbagai kemudahan, kebajikan dan kesejahteraan dalam keamanan dan ketenteraman.

Yang Berhormat Haji Tahamit ketika menyampaikan sembah alu-aluannya di majlis tersebut.

ATAS & BAWAH: Penghulu-penghulu mukim, ketua kampung dan ketua rumah panjang seluruh negara yang hadir ke majlis itu.

Beliau turut menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 5 Oktober 2017 mengenai hubungan rakyat dengan raja serta kewajipan raja dan rakyat dalam sama-sama memegang amanah besar iaitu kewajipan timbal balik untuk kesejahteraan semua.

“Bersempena dengan saat yang bersejarah dan bersukut baik ini, abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik selaku pemimpin akar umbi dengan penuh hormat dan takzimnya berikrar dan berazam untuk melaksanakan amanah yang Kebawah Duli Tuan Patik titahkan pada memelihara keamanan dan keselamatan kampung dan mukim demi memastikan rakyat dan penduduk negara ini dapat menikmati kesejahteraan hidup yang berpanjangan,” sembahnya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima pesambah ‘Languai’ sebelum majlis santap dimulakan.

Bacaan Doa Selamat di majlis itu telah pun dibacakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu yang juga selaku Penghulu Mukim Bokok.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua rumah panjang seluruh negara serta ahli-ahli jawatankuasa dan jemputan khas.