Pemimpin dan diplomat ASEAN hadiri Dialog Delhi

Pemimpin dan diplomat ASEAN hadiri Dialog Delhi

NEW DELHI, 16 Feb – Para diplomat dan pemimpin perniagaan dari negara-negara ASEAN dan India akan mengambil bahagian dalam edisi Dialog Delhi kali ke lapan bermula hari ini sehingga 19 Februari 2016.

Dialog yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA) akan membincangkan isu-isu yang meliputi dari politik sehinggalah sosio-budaya yang mana edisi kali ini dikhususkan kepada tiga sesi, iaitu perniagaan, menteri-menteri dan ahli akedemik.

Setiausaha MEA (East), Anil Wadhwa dalam siding media mengatakan kelmarin bahawa pada hari pertama (17 Feb) dalam sesi perniagaan itu, akan dihadiri oleh peserta yang berpengaruh dari lima dewan perniagaan India.

Anil berkata perbincangan mereka itu akan membicarakan lebih lanjut mengenai langkah India dalam meningkatkan hubungan perniagaannya dengan ASEAN, yang merupakan ekonomi keempat terbesar di dunia.

Pada hari kedua, Menteri MEA, Sushma Swaraj akan mempengerusikan sesi menteri -menteri di mana semua ketua delegasi dari ASEAN dijangka mengambil bahagian.

Pada 19 Feb, hari terakhir dialog di Institute Pengajian Pertahanan dan Analisis, Anil berkata akan terdapat beberapa perbincangan panel di kalangan ahli akademik mengenai keselamatan secara umum di rantau Asia-Pasifik. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA