Pemimpin dunia fokus perubahan iklim

Pemimpin dunia fokus perubahan iklim

LE BOURGET, Perancis, 30 Nov (AFP) – Para pemimpin dunia melancarkan hari rundingan mendadak di bandar Perancis hari ini, yang bertujuan memeterai perjanjian sukar untuk mengurangkan kepanasan sejagat yang membawa bencana.

Mesyuarat bermula dengan rundingan hampir dua minggu yang dihasratkan menamatkan pertelagahan dua dekad antarabangsa dengan perjanjian yang akan mengehadkan pengeluaran gas rumah hijau yang dianggap.

Kira-kira 150 pemimpin dunia, termasuklah dari China, India, Rusia dan AS akan berhimpun di utara Paris bagi rundingan di satu tempat yang dikawal ketat dengan keselamatan dan dilindungi oleh kira-kira 2,800 orang anggota polis dan tentera.

Para perunding berikrar akan memeterai perjanjian istimewa untuk menghormati 130 orang yang terbunuh dalam pengeboman 13 November dan serangan tembakan yang mengejutkan bandar Perancis.

Mereka akan bertafakur seketika untuk mengenang mangsa-mangsa serangan paris sebelum mesyuarat secara rasmi dimulai pada pukul 11 pagi.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilihat pada skrin besar ketika beliau menyampaikan ucapan untuk hari pembukaan Persidangan Perubahan Iklim 2015 di Paris. – Reuters
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilihat pada skrin besar ketika beliau menyampaikan ucapan untuk hari pembukaan Persidangan Perubahan Iklim 2015 di Paris. – Reuters

“Nasib manusia berisiko dalam persidangan ini. Selepas serangan di Perancis, kita perlu menangani keutamaan segera dan respons kepada cabaran pengganas tetapi juga bertindak bagi jangka panjang,” kata Presiden Perancis Francois Hollande.

Dalam temu bual dengan surat khabar harian Perancis ‘20 Minutes’ Hollande berkata para pemimpin akan mengadakan pertemuan di Paris untuk ‘menegaskan semula perpaduan mereka dengan Perancis’ dan untuk ‘memikul tanggung jawab di tengah kepanasan planet.’

“Sejarah akan menilai pemimpin negara dan kerajaan dengan kasar jika, pada Disember 2015 mereka terlepas peluang ini.”

Serangan di Paris nampaknya telah merangsang ramai pemimpin dunia dalam keazaman mereka untuk melawan keganasan dan menggesa perjuangan iklim.

Mesyuarat itu adalah “peluang untuk terus dalam perpaduan dengan sekutu paling lama kami dan menegaskan semula komitmen kami untuk melindungi rakyat kami dan cara hidup kami dari ancaman pengganas,” Obama berkata di halaman Facebook beliau sebelum berlepas ke Paris.