Pemimpin dunia setuju perluas penggunaan tenaga bersih

Pemimpin dunia setuju perluas penggunaan tenaga bersih

SAN FRANCISCO, 3 Jun – Menteri Tenaga serta tokoh perniagaan dari 23 negara dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju pada Khamis untuk memperluas penggunaan tenaga bersih selain mengurangkan pelepasan karbon global semasa memacu pertumbuhan ekonomi, lapor agensi berita China, Xinhua.

Komitmen baharu itu, yang diumum di sini pada Forum Tenaga Bersih Menteri-Menteri ke-7 (CEM7), bakal mewujudkan CEM 2.0 dalam usaha mempertingkat keberkesanan kumpulan berkenaan melalui pembentukan satu sekretariat antarabangsa bagi menyokong inisiatif CEM. – Bernama