Pemimpin empat negara akan bertemu di Berlin

Pemimpin empat negara akan bertemu di Berlin

BERLIN, 18 Okt – Canselor Jerman, Angela Merkel akan menghoskan satu mesyuarat bersama presiden Rusia, Ukraine dan Perancis esok untuk membincangkan usaha ke arah perdamaian di timur Ukraine – sidang kemuncak pertama mereka dalam tahun ini, menurut pejabatnya.

Merkel mengundang Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk ‘menilai implementasi persetujuan damai Minsk sejak mesyuarat terakhir dan membincangkan langkah seterusnya,” kata jurucakap Merkel, Steffen Seibert dalam satu kenyataan hari ini.

Persetujuan Minsk 2015 dibroker oleh Perancis dan Jerman telah membantu menamatkan pertempuran skala besar antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine, namun pertempuran itu berterusan dan usaha untuk mencapai penempatan politik telah tertangguh.

Empat pemimpin telah mengadakan mesyuarat sekali-skala untuk membincangkan pengimplementasian persetujuan, yang terakhir di Paris pada 2 Oktober tahun lepas.

Keputusan untuk mengadakan mesyuarat malam Rabu di Berlin itu disusuli dengan diplomasi telefon pada minggu lalu, namun hos Jerman tidak mengheboh-hebohkan peluang tindakan itu.

“Jika adanya mesyuarat seperti itu, maka tidak ada yang akan menjangka bahawa ia akan menyelesaikan semua masalah berkenaan,” kata Seibert kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA